Friday, 6 January 2012

Sendiri Lagi.





بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم




Biarkan ia pergi.
Biarkan aku sendiri.
Mungkin kau dan aku tiada lagi.
Dengan rasa berat hati aku sendiri.

Kalau aku sudah tidak disukai.
Jangan dikutuk atau dicaci.
Lebih baik kau berdiam diri.
Jangan kelak kata-katamu memakan diri.

Mungkin aku kelihatan bodoh depan matamu.
Menari tanpa bumi,nyanyi tanpa bunyi di sisi mu
Tapi aku tidak bodoh pada dasarnya.
Hanya aku sendiri yg tau siapa diriku sebenarnya.

Pergi la kau hidup bersamanya.
Aku tidak marah cuma ingin berdamai
Kemenangan tanpa tentangan telah dia capai.
Ucapan tahniah juga pesan untuknya agar kau tidak lagi terabai.

Berdiam diri.
Sembunyi.
Sendiri.
lagi.

Salam.